Posts

Showing posts from 2018

Rawatan Bayi Demam Kuning ( Jaundise)

Image
Demam Kuning ( Jaundise) Bayi Baru Lahir Bayi yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis, sama ada bersifat normal atau patologi. Lebih kurang 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.newborn-jaundice. Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan. Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian. Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan. Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur. Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini disebabkan