Rawatan Bayi Demam Kuning ( Jaundise)
Demam Kuning ( Jaundise) Bayi Baru Lahir
Bayi yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau
dikenali sebagai jaundis, sama ada bersifat
normal atau patologi.
normal atau patologi.
Lebih kurang 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan
mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas
dilahirkan.newborn-jaundice.
Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan
tidak cukup bulan.
Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak
merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi
dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti
bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan.
Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia
bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi
jaundis juga akan kerap tidur.
Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini
disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang
meningkat dalam darah.
Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah
sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui
plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi
bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja.
Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh
hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih
lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.
Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi
kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.
Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya,
kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi
hatinya.
Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak
kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau
normal dan tidak berbahaya bagi bayi.
Namun, berbeza pula bagi yang menghidap penyakit kuning
patologi. Ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran dan
peningkatan kadar bilirubin di dalam darah bayi juga berlaku dengan lebih
cepat.
Jenis penyakit kuning seperti ini boleh disebabkan oleh
jangkitan pada bayi, ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang
jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (glukosa 6 Phosphate
Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi
untuk mencegah sel-sel darah merah.
Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau
mengambil darah untuk mengukur tahap bilirubin.
Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah,
boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara
lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan
kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis.
Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata
putih.Baby Jaundice 1
Biasanya ia tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan
rawatan, ia dirawat menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi
dibogelkan, mata ditutup dan diletakkan di bawah cahaya bililight.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan
dilakukan.
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan
phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau
merawatnya.
Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerap.
Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan
membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.
lElakkan mengambil air tambahan. Hanya dua peratus bilirubin
keluar melalui air kencing dan 98 peratus keluar melalui najis. Kolostrum dan
susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar.
Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
lGalakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam.
lJika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air
besar kurang dari tiga kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan
atau pam dan beri kepada bayi anda.
lDedahkan kepada cahaya secara tidak terus kerana kulit bayi
sensitif. Buka pakaian serta lampin dan letak di dalam bilik yang ada banyak
cahaya.
Bright Dynamic adalah syarikat Malaysia yang beroperasi di
Selangor ada menawar khidmat untuk menyewa alat phototerapi bagi merawat bayi
yang mengidap deman kuning atau jaundice. Ini dapat menbantu ibu untuk merawar
bayi mereka dirumah selepas bersalin. Kemudahan in dapat memberi keselesaan dan membantu ibu menumpukan penuh
perhatian bersama keluarga dirumah.
Untuk Pertanyaan Hubungi : 012 - 3404007 or
016-3404626
Comments